Dilea_Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2025, telah berlangsung Dilea_Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar Gambaran Keseluruhan KSSM Sejarah tingakatan 4 iaitu Warisan Negara Bangsa, Kebangkitan Nasionalisme, Konflik Dunia Dan Penduduk Jepun Di Negara Kita, Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita, Persekutuan Tanah Melayu 1948, Ancaman Komunis Dan Peristiharan Darurat, Usaha Ke Arah Kemerdekaan, Pilihan Raya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Dan Pemasyuran Kemerdekaan. Selain itu, pelajar belajar Gambaran Keseluruhan Topik Sejarah Tingkatan 5 iaitu Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Sistem Persekutuan, Pembentukan Malaysia, Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia, Membina Kesejahteraan Negara, Membina Kemakmuran Negara, Dasar Luar Malaysia dan Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia. Akhir sekali, pelajar belajar mengenai teknik untuk menjawap soalan Esei Sejarah iaitu Kata Kunci, FHC (Fakta, Huraian dan contoh), SS (Semak Semula) dan Elak (Ulang isi atau fakta).
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: